tag:blogger.com,1999:blog-64794899653960868042024-03-05T20:42:32.084-08:00Biru Laut Isriah" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
, rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.."Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.comBlogger11125tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-10957801630612086242012-01-10T23:23:00.000-08:002012-01-10T23:23:24.074-08:00Dosa Meninggalkan Solat

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN (Utusan Malaysia, 11/2/2012).

SEMUA orang yang mengaku beragama Islam sebenarnya sedar tentang kewajipan melakukan solat. Namun, ramai yang kesedarannya hanya bermain di hujung lidah sahaja. Tidak turun ke hati dan dizahirkan dengan perbuatan. Maka, bukan suatu yang ganjil sekiranya kita dapati orang yang beragama Islam, namun gagal mendirikan solat. Mungkin kerana malas ataupun jahil akan akibatnya.

Sekiranya Islam itu diumpamakan sebagai rumah, maka tiang yang menjadi tunjang kepadanya ialah solat. Demikianlah perumpamaan yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW dalam menyatakan peri pentingnya solat dalam kehidupan beragama seseorang muslim.

Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. (riwayat Baihaqi)

Justeru, sesiapa yang meninggalkan solat walaupun mengerjakan ibadah-ibadah yang lain seolah-olah memiliki rumah yang indah dan mewah, tetapi tidak mempunyai tiang yang kukuh untuk menjaminnya kekal teguh.

Maka, lama-kelamaan rumah tersebut akan runtuh dan musnah menyembah bumi. Perumpamaan ini begitu signifikan sekali sekiranya dikaitkan dengan realiti masyarakat Islam yang ada pada hari ini. Bukan sedikit yang meninggalkan solat walaupun tetap melakukan ibadah yang lain seperti menunaikan zakat dan berpuasa di bulan Ramadan.

Sebahagian mereka pula pada umumnya tidak meninggalkan solat, tetapi lalai serta alpa dalam mengerjakannya dengan kata lain suka melengah-lengahkan solat dan bersolat di akhir waktu.

Sebahagian lagi walaupun mendirikan solat namun gagal untuk menumpukan hati dengan penuh khusyuk dan tawaduk ketika melakukan solat. Solat hanya menjadi rutin biasa dalam kehidupannya tanpa memberikan kesan yang positif kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Bahkan, semakin hari mereka semakin jauh dari agama Allah SWT. Akhirnya, di atas kealpaan dan kelalaian ini, maka mereka digolongkan dalam neraka bersama dengan azab yang tidak terperi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (al-Maa’un: 4-5)

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (al-Muddathir: 43)

Meninggalkan solat merupakan dosa yang boleh menghampirkan seseorang itu dengan kekufuran. Ini adalah kerana, solat adalah penghubung seseorang hamba kepada penciptanya.

Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka terputuslah hubungan dengan Allah SWT. Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah solat. Ini dapat dilihat dari firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku. Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku. (Taha: 14)

Bahkan, ada beberapa hadis yang menyatakan bahawa seseorang itu boleh dianggap kufur sekiranya meninggalkan solat. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a menyatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dengan kufur kepada Allah, ialah solatnya yang ditinggalkan. (riwayat Muslim)

Hadis lain yang memperkatakan tentang kekufuran akibat meninggalkan solat dengan sengaja asalah: “Perjanjian antara kami dengan mereka itu adalah solat, maka sesiapa yang meninggalkannya, maka kufurlah dia”.

Namun, terdapat perbezaan pandangan di kalangan para ulama berhubung hukum meninggalkan solat dengan sengaja, sama ada kufur atau berdosa besar.

Pandangan-pandangan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

1. Golongan pertama berpandangan bahawa orang yang meninggalkan solat secara sengaja, namun tidak mengingkari tentang kewajipannya dikira sebagai berdosa besar (fasiq). Tetapi dia tidak dianggap kafir.

Sebaliknya, orang yang meninggalkan solat dalam keadaan dia menafikan kewajipannya akan dianggap sebagai kafir.

2. Golongan kedua pula berpandangan bahawa meninggalkan solat secara sengaja atau malas boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir, bukan berdosa besar.

Justeru, orang yang meninggalkan solat itu perlu untuk mengucap kalimah syahadah semula dan bertaubat dengan dosa kekufuran tersebut.

Daripada kedua-dua pandangan ini, pandangan pertama dilihat lebih tepat. Ini kerana, perkataan kufur atau kafir dalam hadis-hadis tersebut bermaksud melakukan dosa besar. Walaupun begitu, ini bukanlah bermaksud kita boleh meninggalkan solat sewenang-wenangnya. Ia tetap dosa besar dan boleh mengundang murka daripada Allah SWT.

Solat yang ditunaikan secara sempurna seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW menjadi asas penting kepada kecemerlangan didunia dan di akhirat. Menerusi solat seseorang itu dididik dan dilatih agar sentiasa mengingati Allah, memperbanyakkan zikir, istiqamah dengan amalan soleh, berdisiplin dengan waktu, menjauhkan kemungkaran dan sebagainya. Pendek kata, dengan mendirikan solat dan menghayati makna di sebalik solat itu menjadi asas kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.
Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-56760815206441152182012-01-09T00:52:00.000-08:002012-01-09T00:52:46.626-08:002012 telah datang
Tahun baru menjelma sudah. Bagi mereka yang telah merencana program masing-masing pasti akan memanfaatkan setiap masa dan saat yang berlalu. Orang biasa macam aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk setiap perkara yang aku lakukan. Moga dijauhkan sebarang perkara yang tidak diingini. Jika diizinkan Allah, aku hendak memulakan tabungan, perkara yang telah lama aku tinggalkan.

Anak-anakku semuanya telah bersekolah. Danish masuk tahun 2. Danish menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademiknya dengan berjaya masuk kelas ke dua. Namun apa yang aku kesalkan pihak sekolah langsung tidak memberi keputusan peperiksaan akhir Danish. Irfan dan Alya masuk prasekolah. Tidakku sangka Alya menunjukkan semangat untuk bersekolah. Hari pertama sahaja Alya berdrama kerana ramai rakan-rakannya yang lain menangis. Irfan seperti biasa hari pertama memang hebat. Relaxs and steady. Tapi bila hari ke dua dan ke tiga dia mula buat cuti sendiri. Adiknya pula yang rajin ke sekolah. Irfan...Irfan. Ya Allah...jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah serta tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya dunia dan akhirat. Itulah doa mama untuk anak-anak mama setiap hari. Amin...
Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-52473415365288628542011-09-29T01:52:00.000-07:002011-09-29T01:52:22.511-07:00Didiklah Anak Solat
Just nak berkongsi info yang baik untuk diamalkan kepada anak-anak kita...

Note yang ditulis oleh Wardina :<o:p></o:p>

BERBALOI PENAT LELAH KU…<o:p></o:p>

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…<o:p></o:p>

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…<o:p></o:p>

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-<o:p></o:p>

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat<o:p></o:p>

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….<o:p></o:p>

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”<o:p></o:p>

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..<o:p></o:p>

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)<o:p></o:p>

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.<o:p></o:p>

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????<o:p></o:p>

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.<o:p></o:p>

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at <st1:country-region><st1:place>Australia</st1:place></st1:country-region>…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!<o:p></o:p>

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?<o:p></o:p>

Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-15320619074063218512011-09-08T01:49:00.000-07:002011-09-08T01:49:29.168-07:00'Mayat hidup'

Hai isteri-isteri yang bekerjaya. Anda akan dikatakan seperti 'mayat hidup' jika anda tidak bersolek di rumah. Pelik bin ajaib...kalau asyik berkungfu dengan 'hanger', senduk dan sudip macam tak kena regu guna make-up di muka. Maklumlah peluh menitik, badan melekit dek bahang dapur habis cair make-up di muka. Lain keadaannya jika semua kerja dibuat oleh bibik. Isteri bolehlah pasang badan di rumah. Tak gitu... Amacam...cantik tak gambar kat atas?...mayat hidup....eeea...
Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-26675340231073232372011-09-08T00:40:00.000-07:002011-09-08T00:40:49.594-07:00Salam lebaran
Ramadhan telah berlalu pergi. Kesyukuran dipanjatkan tanda kemenangan, Syawal dirai penuh berseri. Segala macam makanan terhidang, kuih muih, pakaian raya serba baru. Kanak-kanak golongan paling gembira kerana dapat duit raya. Kita yang telah dewasa ini menabur duit raya. Tidak mengapa...bersedekah itu mulia. Moga rezeki dan pahala dari Allah berlipat ganda. Tangan dihulur mohon kemaafan menyuci hati dan semua kesalahan. Itulah istimewanya bulan syawal. Tidak lengkap jika tidak saling bermaafan. Bagi suami isteri bukan hanya isteri sahaja yang perlu memohon kemaafan, suami juga perlu membuat perkara yang sama. Tidak jatuh taraf seorang suami memohon maaf kepada isteri kerana kita adalah manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Dalam melayari kehidupan bersama, lidahlah yang paling banyak mengumpul saham akhirat. Bak kata orang kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Kata-kata yang dituturkan itulah yang paling meninggalkan kesan paling berbekas. Moralnya fikirlah sebelum berkata-kata dan peliharailah lidah anda!.

Dalam kemeriahan menyambut hari raya terselit jua rasa duka. Perasaan sayu menjerut rasa. Tamatlah sudah Ramadhan yang kita rasakan seakan panjang masanya. Syawal menjelma sekejap cuma. Sedar-sedar telah 10 hari kita beraya. Seakan-akan baru semalam kemeriahan anak-anak bermain bunga api, kemeriahan menyediakan juadah raya di dapur, saudara mara berbual mesra. Itulah dunia. Setahun dirasakan sebulan, sebulan dirasakan sehari dan sehari dirasakan satu jam!. Benarlah kita di akhir zaman. Moga Allah mempertemukan kita bulan yang penuh barakah ini di tahun-tahun mendatang. Selamat hari raya, maaf zahir batin
Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-56870025785067468082011-08-23T19:07:00.000-07:002011-08-23T19:07:19.221-07:00'Kiamat dan dekat"
Seringkali kita umat Muhammad s.a.w lalai dan alpa dalam mengerjakan amal ibadah. Lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh barakah ini. Ramai di kalangan kita yang hanya mendapat rasa lapar dan dahaga sahaja kerana tidak menjaga kualiti yang sepatutnya dalam menjalankan ibadah puasa. Mana tidaknya, ada yang gagal mengawal nafsu amarah, panas baran tak tentu masa. Gagal mengawal deria mata dan pandangan. Gagal menjaga solatnya. Zuhur, Asar, Maghrib solat...tapi Isyak, Subuh?. Alasannya penat setelah seharian bekerja atau mungkin kekenyangan berbuka hingga tidak dapat melakukan ibadah lainnya. Sedangkan semasa zaman nabi dahulu, baginda dan pengikut setianya berperang ke jalan Allah dalam bulan puasa! Malah ada di kalangan mereka yang mati syahid.

Anakku Danish telah mula bercerita kepada kami tentang aktiviti sekolahnya. Sejak kebelakangan ini dia selalu berkata kiamat dah dekat. Ustazah yang cakap katanya. Maka kami pun menyuruh danish mengerjakan solat. Danish sudah berumur 7 tahun, tetapi solatnya celam celum. Adiknya Irfan yang berumur 5 tahun juga turut mengerjakan solat tetapi yang tahu dibacanya hanya Fatihah sahaja namun pergerakan solat yang lainnya betul. Adiknya Alya yang berumur 3 tahun lebih, menangis kerana dia tidak tahu membaca bacaan dalam solat seperti abangnya Danish. Selesai solat ayah mereka menerangkan tentang dua malaikat yang mencatatkan amalan di bahu kanan dan kiri kita. Lantas Danish menjawab malaikat Rokib dan A'tid ayah. Wah...kami tersenyum mendengar jawapan Danish.

Kemudian ayah mereka menerangkan setiap amalan baik dan buruk akan dicatatkan malaikat ini. Jika banyak amalan jahat yang dilakukan maka beratlah timbangan amalan jahat dan akan dimasukkan ke dalam neraka. Spontan Alya menangis sambil berkata..."Alya takut ayah"..."Kenapa? Alya takut hantu ke?" tanya ayah mereka. "Tak...Alya takut Allah". Terkesima kami mendengar jawapan dari Alya. Betapa anak kecil itu takutkan Allah apatahlagi kita. Maka benarlah dari apa yang aku baca di ruangan agama dalam akhbar semalam....kiamat begitu ditakuti oleh semua orang hinggakan rambut kanak-kanak menjadi beruban......Benarlah juga bahawa ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak yang lahirnya putih bersih samada menuju kebenaran atau kebatilan. Justeru, ketam mengajar anaknya berjalan senget perlu DIELAKKAN demi mencapai kebahagiaan bersama di dunia dan akhirat.
Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-22786458071149183652011-08-23T00:35:00.000-07:002011-08-23T00:35:54.655-07:00For the First Time in Ramadhan
Setiap daripada surirumah di Malaysia pastinya menyediakan juadah untuk bersahur samada menyediakannya pada waktu sebelum berbuka, malam atau di pagi hari. Untuk itu waktu tidur (lebih kurang cukup) perlu agar berasa segar untuk bangun memasak di awal pagi nanti dan tidak memejam mata sambil memasak. Pewitt...hebat betul orang perempuan ni...macam cerita 'Supermak' lak.

Seperti biasa aku akan masuk tidur seawal jam 10 malam atau paling lewat jam 11.00. Selalunya anak-anak masih mahu menonton tv saluran ceria atau disney. Tak larat melayan mereka aku mesti membuatkan sebotol susu untuk Alya sebelum naik ke bilik tidur. Ayah mereka tak lain lagi tidur di depan tv. Anak-anak akan mengejutkan ayah mereka ke bilik tidur setelah puas menonton tv atau jika mereka mula mengantuk

Satu malam aku naik ke bilik tidur lebih kurang jam sepuluh. Alya aku tinggalkan di tingkat bawah kerana masih mahu menonton tv. Tidak lama kemudia mereka masuk ke bilik tidur dan aku sengaja memejamkan mata. Alya menggoncang badanku sambil berkata.."mama....mama....tak perasanke Alya nak tidur ni"...Hampir ketawa tetapi kutahan. Ayahnya pula berkata..."Ish...jangan kacau mama tidur. Nanti kang tak makan sahur ayah". Hihihi..nak tergelak besar pun ada. Tapi dalam hati berkata....bahagianya aku nak tidur malam ni....
Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-37036986161230890872011-08-10T23:20:00.000-07:002011-08-10T23:20:33.721-07:00Cabaran di Bulan Ramadhan
Syukur ke hadrat Allah kerana kali ini aku berkesempatan bertemu dengan bulan penuh barakah. Bulan yang dijanjikan pahala berlipat ganda kepada hamba Allah yang mencarinya. Terasa kurangnya pahala puasaku jika tidak dapat mengerjakan solat malam atau solat terawih. Malunya dengan Allah sedangkan di luar sana ramai yang berusaha mengumpul saham untuk di bawa ke akhirat nanti.

Bagi wanita bekerjaya sepertiku pasti mencatatkan cabaran tersendiri untuk ditempuh. Hanya kekuatan mental, fizikal dan sokongan orang terdekat (pastinya suami) dapat melegakan sedikit tekanan. Biasalah kerja orang perempuan memasak, menguruskan anak, mengemas rumah namun di bulan puasa ini ada kerja lebih sedikit untuk dibuat dengan bangun awal bagi menyediakan makanan untuk bersahur. Orang perempuan ni kalau puasa ganti tak kisah...makan apa yang ada tapi demi suami, masaklah apa yang patut agar makanan yang nak disuap tu 'fresh'. Barulah sedap nak makan. Moga-moga pengorbanan ini mendapat ganjaran dari Allah.

Cakap pasal cabaran pasti akan dilalui oleh semua orang. Ada yang sakit perut, pening kepala...macam-macam lagilah...Kadang-kadang orang cari pasal atau kita sendiri yang cari pasal. Hihihi....Tengahari tadi aku ambil Danish dari sekolah. Sampai pejabat ayah dia parking tak delah pulak. Tulahkan manusia yang buat polisi yang kekadang bodoh dan tak logik. Aku terpaksa park kat laluan kereta. Danish menonong masuk pejabat ayah dia sambil membawa baju sekolah agama tanpa dia ingat nak bawa beg sekolah sekali. Terpaksalah aku bawakan sambil mengekori Danish dari belakang. Kemudian adalah pulak kereta nak masuk apalagi kelam kabutlah aku. Yalah..takut orang belakang marah..kena tunggu silap-silap kena hon. Langsung aku terlupa songkok Danish. Tak kisahlah orang nak cakap apa. Nak sms mcm-mcm. Aku tak nak mengurangkan pahala puasa aku atau menjejaskan emosi, nanti serba tak kena jadinya. Kesihatan emosi pun kena jaga. Aku tak mahu termasuk dalam statistik wanita Malaysia yang menduduki tangga ke 16 dunia (carta stress). Mungkin mereka ini gagal dalam mengurus emosi dengan faktor kerja, rumah tangga (suami, anak-anak) dan masalah peribadi lain. Moga aku diberi kekuatan menghadapi cabaran hari-hari mendatang. Berikan aku kekuatan ya Allah.
Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-48742987937675595572011-08-09T01:45:00.000-07:002011-08-09T01:45:02.036-07:00My Little Princess

Satu-satunya anak gadisku. Alya Saffiyah yang pandai bergaya. Jika kami sekeluarga hendak balik kampung atau ke pasar sekalipun pasti Alya juga hendak berbedak dan bersolek macam mamanya. Petah berbicara dan suka menjerit. Manja dengan ayah dan mama tapi garang dengan abang-abangnya. Hari raya yang bakal menjelma pasti seronok merapikan anak-anak terutamanya Alya....Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-75190331955503694812011-06-27T02:14:00.000-07:002011-06-27T02:14:40.270-07:00Kalau Saling Menyintai Mengapa Mesti MenyakitiSetiap daripada kita tidak pasti siapakah jodoh kita kerana jodoh, ajal dan maut itu di tangan Allah. Justeru itu, sikap menerima dengan hati terbuka apa jua peribadi pasangan akan membantu mengekalkan hubungan suami isteri. Andai ada perkara yang tidak menyenangkan hati tegurlah pasangan kita dengan cara berhemah seperti yang disunahkan Nabi Muhammad S.A.W kerana merekalah tempat kita mencurahkan segala perasaan, susah senang bersama. Jadikanlah pasangan kita sahabat, kekasih, suami atau isteri yang menyenangkan bukannnya melayan mereka seperti pekerja bawahan kita. Sebarang kata yang menghiris perasaan dikhuatiri mengikis rasa hormat pasangan terhadap diri kita.

Setiap detik berlalu dengan begitu pantas tanpa menoleh ke belakang. Oleh itu, hargailah pasangan kita selagi hayat di kandung badan, selagi diberi Allah kesempatan bernafas. Bagi suami- suami ingatlah sebarang perkara yang merisaukan, menyakitkan, melukakan hanya akan menjejaskan perasaan isteri anda lantas memberi peluang kepada sel-sel kanser yang ada membiak aktif. Maka, jika kita inginkan kebahagiaan berkekalan layarilah kehidupan berumahtangga dengan ceria dan gembira.Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6479489965396086804.post-77128304521653141092011-06-01T02:15:00.000-07:002011-06-01T02:17:09.676-07:00Berhemah didik anak degilDALAM sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Hadis ini jelas membuktikan ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk keperibadian dan sikap anak-anak. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diusahakan dalam membentuk keperibadian anak-anak iaitu dengan melaksanakan komunikasi unggul, menunjukkan teladan yang baik dan paling penting, utamakan solat dan berdoa.

Komunikasi unggul

Ramai ibu bapa menganggap disiplin anak-anak akan dibentuk melalui kekerasan. Hakikatnya, peribadi mulia anak-anak akan wujud hasil daripada komunikasi unggul antara ibu bapa dan anak.

Ibu bapa perlu sentiasa berdampingan dengan anak-anak, bercakap dengan mereka, mengambil berat mengenai setiap kehendak mereka dan jangan sampai anak-anak merasakan mereka tersisih.

Sikap degil dan keras kepala si anak boleh wujud hasil daripada rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri anak tersebut. Mereka bersikap degil sebagai tanda protes dan memberontak agar mereka diberi perhatian.

Anak perlukan kasih sayang dan belaian. Manjakan anak-anak tetapi jangan berlebihan. Belajar untuk katakan 'tidak' apabila perlu dan tepat pada masa serta keadaannya.

Jika anak bersalah, jangan terus menengking marah kepadanya. Praktikkan untuk menegur terlebih dahulu, jelaskan kesilapannya dan kemudian berpesan supaya jangan ulangi kesilapan tersebut.

Pakar psikologi menjelaskan, seorang anak kecil perlu ditegur dan diingatkan mengenai sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi.

Marah yang berpada-pada, jangan gunakan kata-kata kesat dan keras. Jiwa anak-anak terlalu lembut dan mudah untuk mengingati sesuatu yang melukakan hati. Mereka juga terlalu payah untuk melupakannya malah dalam banyak kes, segala keperitan dan kepedihan yang dialami ketika kecil diingati hingga mereka dewasa. Paling membimbangkan, sikap tersebut diwarisi kepada anak-anaknya pula.

Jangan biasakan memukul anak hanya kerana perkara kecil. Pukulan hanya langkah terakhir apabila teguran berulang kali diberikan dan pemulauan anak-anak dilaksanakan.

Pemulauan bermaksud, pinggirkan anak tersebut seketika dengan tidak melayan kehendaknya atau tidak dibawa bersembang sama. Tindakan itu menjelaskan bahawa anda merajuk hati dengan sikap tidak pedulinya terhadap teguran anda.

Setelah teguran dan pemulauan dilakukan, barulah pukulan boleh dilaksanakan. Itupun hanya dengan tujuan mengajar. Gunakan rotan yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil.

Pukulan dibuat dengan keadaan lengan rapat ke tubuh dan dihayun rotan tersebut ke bahagian tubuh yang terlindung. Tempat terbaik ialah di tapak kaki. Untuk makluman, pakar kesihatan mengakui, pukulan di tapak kaki membantu pengaliran darah yang sudah semestinya baik untuk kesihatan.

Teladan yang baik

Ramai ibu bapa yang bersikap seperti ketam, menyuruh si anak berjalan betul tetapi diri sendiri gagal berjalan betul. Ibu bapa sepatutnya bersikap walk the talk iaitu menunjukkan sikap yang baik untuk anak-anak agar anak-anak boleh meneladaninya.

Jika tidak suka anak-anak lewat mandi, ibu bapa seharusnya mandi awal pagi. Jika tidak suka anak-anak bercakap keras dan kasar, ibu bapa perlu bercakap baik dan berhemah.

Jangan sesekali mengelirukan anak-anak dengan arahan. Sebagai contoh, si ibu menegur kesilapan si anak tetapi si bapa pula memarahi si ibu. Anak akan keliru, mana satu yang betul sebenarnya?

Jangan tonjolkan sikap buruk yang telah menjadi tabiat anda kepada anak-anak. Anda tentu tahu, anak anda diajar di sekolah tentang tabiat merokok itu tidak elok untuk kesihatan.

Jika anda merokok di depan anak, mereka akan keliru dengan ajaran guru sekali gus tidak hormatkan guru. Lebih sadis apabila mereka gagal untuk hormati anda sebagai ibu atau bapa.

Penting! Jika ada perselisihan faham antara anda dan pasangan anda, elakkan bermasam muka atau bertengkar di hadapan anak. Sikap keras anda akan mudah diteladani mereka.

Utamakan solat dan berdoa

Sebagai individu Muslim, anda perlu mendidik agar anak anda mengutamakan solat lima waktu. Solat bukan semata-mata ibadat dan tanda syukur kepada Allah, malah ia satu pembentukan akhlak dan disiplin yang baik.

Ajar anak-anak mengaji Muqaddam atau al-Quran sejak kecil, seboleh-bolehnya ketika anak sudah mula berkata-kata. Ajarkan juga anak bersolat. Biarpun tidak betul pergerakannya, melatih mereka sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan lagi menjadi satu bebanan.

Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji, Insya-Allah!

Sebagai ibu bapa, sentiasa praktikkan untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan biasakan kata-kata kesat dan negatif kerana ia mudah menjadi doa untuk anak anda.

Ingatlah, jika anak anda hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain.

Jika anak anda hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain.

Jika anak anda hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut.

Jika anak anda hidup dalam iri hati, dia akan belajar berasa bersalah.

Jika anak anda hidup dalam kesabaran, dia akan belajar menjadi penyabar.

Jika anak anda hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin.

Jika anak anda hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai.

Jika anak anda hidup dalam persetujuan, dia akan belajar menyayangi diri sendiri;

Jika anak anda hidup dalam kejujuran, dia akan belajar memahami kebenaran.

Jika anak anda hidup dalam keadilan, dia akan belajar menjadi adil.

Jika anak anda hidup dalam keselamatan, dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain.

Jika anak anda hidup dalam kemesraan, dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.

Isriahhttp://www.blogger.com/profile/17035430735260702617noreply@blogger.com0