Setiap daripada kita tidak pasti siapakah jodoh kita kerana jodoh, ajal dan maut itu di tangan Allah. Justeru itu, sikap menerima dengan hati terbuka apa jua peribadi pasangan akan membantu mengekalkan hubungan suami isteri. Andai ada perkara yang tidak menyenangkan hati tegurlah pasangan kita dengan cara berhemah seperti yang disunahkan Nabi Muhammad S.A.W kerana merekalah tempat kita mencurahkan segala perasaan, susah senang bersama. Jadikanlah pasangan kita sahabat, kekasih, suami atau isteri yang menyenangkan bukannnya melayan mereka seperti pekerja bawahan kita. Sebarang kata yang menghiris perasaan dikhuatiri mengikis rasa hormat pasangan terhadap diri kita.
Setiap detik berlalu dengan begitu pantas tanpa menoleh ke belakang. Oleh itu, hargailah pasangan kita selagi hayat di kandung badan, selagi diberi Allah kesempatan bernafas. Bagi suami- suami ingatlah sebarang perkara yang merisaukan, menyakitkan, melukakan hanya akan menjejaskan perasaan isteri anda lantas memberi peluang kepada sel-sel kanser yang ada membiak aktif. Maka, jika kita inginkan kebahagiaan berkekalan layarilah kehidupan berumahtangga dengan ceria dan gembira.
No comments:
Post a Comment