Monday, 9 January 2012

2012 telah datang

Tahun baru menjelma sudah. Bagi mereka yang telah merencana program masing-masing pasti akan memanfaatkan setiap masa dan saat yang berlalu. Orang biasa macam aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk setiap perkara yang aku lakukan. Moga dijauhkan sebarang perkara yang tidak diingini. Jika diizinkan Allah, aku hendak memulakan tabungan, perkara yang telah lama aku tinggalkan.

Anak-anakku semuanya telah bersekolah. Danish masuk tahun 2. Danish menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademiknya dengan berjaya masuk kelas ke dua. Namun apa yang aku kesalkan pihak sekolah langsung tidak memberi keputusan peperiksaan akhir Danish. Irfan dan Alya masuk prasekolah. Tidakku sangka Alya menunjukkan semangat untuk bersekolah. Hari pertama sahaja Alya berdrama kerana ramai rakan-rakannya yang lain menangis. Irfan seperti biasa hari pertama memang hebat. Relaxs and steady. Tapi bila hari ke dua dan ke tiga dia mula buat cuti sendiri. Adiknya pula yang rajin ke sekolah. Irfan...Irfan. Ya Allah...jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah serta tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya dunia dan akhirat. Itulah doa mama untuk anak-anak mama setiap hari. Amin...

No comments:

Post a Comment