Wednesday, 10 August 2011

Cabaran di Bulan Ramadhan

Syukur ke hadrat Allah kerana kali ini aku berkesempatan bertemu dengan bulan penuh barakah. Bulan yang dijanjikan pahala berlipat ganda kepada hamba Allah yang mencarinya. Terasa kurangnya pahala puasaku jika tidak dapat mengerjakan solat malam atau solat terawih. Malunya dengan Allah sedangkan di luar sana ramai yang berusaha mengumpul saham untuk di bawa ke akhirat nanti.

Bagi wanita bekerjaya sepertiku pasti mencatatkan cabaran tersendiri untuk ditempuh. Hanya kekuatan mental, fizikal dan sokongan orang terdekat (pastinya suami) dapat melegakan sedikit tekanan. Biasalah kerja orang perempuan memasak, menguruskan anak, mengemas rumah namun di bulan puasa ini ada kerja lebih sedikit untuk dibuat dengan bangun awal bagi menyediakan makanan untuk bersahur. Orang perempuan ni kalau puasa ganti tak kisah...makan apa yang ada tapi demi suami, masaklah apa yang patut agar makanan yang nak disuap tu 'fresh'. Barulah sedap nak makan. Moga-moga pengorbanan ini mendapat ganjaran dari Allah.

Cakap pasal cabaran pasti akan dilalui oleh semua orang. Ada yang sakit perut, pening kepala...macam-macam lagilah...Kadang-kadang orang cari pasal atau kita sendiri yang cari pasal. Hihihi....Tengahari tadi aku ambil Danish dari sekolah. Sampai pejabat ayah dia parking tak delah pulak. Tulahkan manusia yang buat polisi yang kekadang bodoh dan tak logik. Aku terpaksa park kat laluan kereta. Danish menonong masuk pejabat ayah dia sambil membawa baju sekolah agama tanpa dia ingat nak bawa beg sekolah sekali. Terpaksalah aku bawakan sambil mengekori Danish dari belakang. Kemudian adalah pulak kereta nak masuk apalagi kelam kabutlah aku. Yalah..takut orang belakang marah..kena tunggu silap-silap kena hon. Langsung aku terlupa songkok Danish. Tak kisahlah orang nak cakap apa. Nak sms mcm-mcm. Aku tak nak mengurangkan pahala puasa aku atau menjejaskan emosi, nanti serba tak kena jadinya. Kesihatan emosi pun kena jaga. Aku tak mahu termasuk dalam statistik wanita Malaysia yang menduduki tangga ke 16 dunia (carta stress). Mungkin mereka ini gagal dalam mengurus emosi dengan faktor kerja, rumah tangga (suami, anak-anak) dan masalah peribadi lain. Moga aku diberi kekuatan menghadapi cabaran hari-hari mendatang. Berikan aku kekuatan ya Allah.

No comments:

Post a Comment