Tuesday, 23 August 2011

For the First Time in Ramadhan

Setiap daripada surirumah di Malaysia pastinya menyediakan juadah untuk bersahur samada menyediakannya pada waktu sebelum berbuka, malam atau di pagi hari. Untuk itu waktu tidur (lebih kurang cukup) perlu agar berasa segar untuk bangun memasak di awal pagi nanti dan tidak memejam mata sambil memasak. Pewitt...hebat betul orang perempuan ni...macam cerita 'Supermak' lak. 

Seperti biasa aku akan masuk tidur seawal jam 10 malam atau paling lewat jam 11.00. Selalunya anak-anak masih mahu menonton tv saluran ceria atau disney. Tak larat melayan mereka aku mesti membuatkan sebotol susu untuk Alya sebelum naik ke bilik tidur. Ayah mereka tak lain lagi tidur di depan tv. Anak-anak akan mengejutkan ayah mereka ke bilik tidur setelah puas menonton tv atau jika mereka mula mengantuk

Satu malam aku naik ke bilik tidur lebih kurang jam sepuluh. Alya aku tinggalkan di tingkat bawah kerana masih mahu menonton tv. Tidak lama kemudia mereka masuk ke bilik tidur dan aku sengaja memejamkan mata. Alya menggoncang badanku sambil berkata.."mama....mama....tak perasanke Alya nak tidur ni"...Hampir ketawa tetapi kutahan. Ayahnya pula berkata..."Ish...jangan kacau mama tidur. Nanti kang tak makan sahur ayah". Hihihi..nak tergelak besar pun ada. Tapi dalam hati berkata....bahagianya aku nak tidur malam ni....  

No comments:

Post a Comment