Tuesday, 10 January 2012

Dosa Meninggalkan Solat

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN (Utusan Malaysia, 11/2/2012).

SEMUA orang yang mengaku beragama Islam sebenarnya sedar tentang kewajipan melakukan solat. Namun, ramai yang kesedarannya hanya bermain di hujung lidah sahaja. Tidak turun ke hati dan dizahirkan dengan perbuatan. Maka, bukan suatu yang ganjil sekiranya kita dapati orang yang beragama Islam, namun gagal mendirikan solat. Mungkin kerana malas ataupun jahil akan akibatnya.
Sekiranya Islam itu diumpamakan sebagai rumah, maka tiang yang menjadi tunjang kepadanya ialah solat. Demikianlah perumpamaan yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW dalam menyatakan peri pentingnya solat dalam kehidupan beragama seseorang muslim.

Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. (riwayat Baihaqi)

Justeru, sesiapa yang meninggalkan solat walaupun mengerjakan ibadah-ibadah yang lain seolah-olah memiliki rumah yang indah dan mewah, tetapi tidak mempunyai tiang yang kukuh untuk menjaminnya kekal teguh.

Maka, lama-kelamaan rumah tersebut akan runtuh dan musnah menyembah bumi. Perumpamaan ini begitu signifikan sekali sekiranya dikaitkan dengan realiti masyarakat Islam yang ada pada hari ini. Bukan sedikit yang meninggalkan solat walaupun tetap melakukan ibadah yang lain seperti menunaikan zakat dan berpuasa di bulan Ramadan.

Sebahagian mereka pula pada umumnya tidak meninggalkan solat, tetapi lalai serta alpa dalam mengerjakannya dengan kata lain suka melengah-lengahkan solat dan bersolat di akhir waktu.
Sebahagian lagi walaupun mendirikan solat namun gagal untuk menumpukan hati dengan penuh khusyuk dan tawaduk ketika melakukan solat. Solat hanya menjadi rutin biasa dalam kehidupannya tanpa memberikan kesan yang positif kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Bahkan, semakin hari mereka semakin jauh dari agama Allah SWT. Akhirnya, di atas kealpaan dan kelalaian ini, maka mereka digolongkan dalam neraka bersama dengan azab yang tidak terperi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (al-Maa’un: 4-5)

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (al-Muddathir: 43)

Meninggalkan solat merupakan dosa yang boleh menghampirkan seseorang itu dengan kekufuran. Ini adalah kerana, solat adalah penghubung seseorang hamba kepada penciptanya.
Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka terputuslah hubungan dengan Allah SWT. Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah solat. Ini dapat dilihat dari firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku. Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku. (Taha: 14)

Bahkan, ada beberapa hadis yang menyatakan bahawa seseorang itu boleh dianggap kufur sekiranya meninggalkan solat. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a menyatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dengan kufur kepada Allah, ialah solatnya yang ditinggalkan. (riwayat Muslim)
Hadis lain yang memperkatakan tentang kekufuran akibat meninggalkan solat dengan sengaja asalah: “Perjanjian antara kami dengan mereka itu adalah solat, maka sesiapa yang meninggalkannya, maka kufurlah dia”.

Namun, terdapat perbezaan pandangan di kalangan para ulama berhubung hukum meninggalkan solat dengan sengaja, sama ada kufur atau berdosa besar.
Pandangan-pandangan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
1. Golongan pertama berpandangan bahawa orang yang meninggalkan solat secara sengaja, namun tidak mengingkari tentang kewajipannya dikira sebagai berdosa besar (fasiq). Tetapi dia tidak dianggap kafir.
Sebaliknya, orang yang meninggalkan solat dalam keadaan dia menafikan kewajipannya akan dianggap sebagai kafir.
2. Golongan kedua pula berpandangan bahawa meninggalkan solat secara sengaja atau malas boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir, bukan berdosa besar.

Justeru, orang yang meninggalkan solat itu perlu untuk mengucap kalimah syahadah semula dan bertaubat dengan dosa kekufuran tersebut.
Daripada kedua-dua pandangan ini, pandangan pertama dilihat lebih tepat. Ini kerana, perkataan kufur atau kafir dalam hadis-hadis tersebut bermaksud melakukan dosa besar. Walaupun begitu, ini bukanlah bermaksud kita boleh meninggalkan solat sewenang-wenangnya. Ia tetap dosa besar dan boleh mengundang murka daripada Allah SWT.

Solat yang ditunaikan secara sempurna seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW menjadi asas penting kepada kecemerlangan didunia dan di akhirat. Menerusi solat seseorang itu dididik dan dilatih agar sentiasa mengingati Allah, memperbanyakkan zikir, istiqamah dengan amalan soleh, berdisiplin dengan waktu, menjauhkan kemungkaran dan sebagainya. Pendek kata, dengan mendirikan solat dan menghayati makna di sebalik solat itu menjadi asas kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.

Monday, 9 January 2012

2012 telah datang

Tahun baru menjelma sudah. Bagi mereka yang telah merencana program masing-masing pasti akan memanfaatkan setiap masa dan saat yang berlalu. Orang biasa macam aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk setiap perkara yang aku lakukan. Moga dijauhkan sebarang perkara yang tidak diingini. Jika diizinkan Allah, aku hendak memulakan tabungan, perkara yang telah lama aku tinggalkan.

Anak-anakku semuanya telah bersekolah. Danish masuk tahun 2. Danish menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademiknya dengan berjaya masuk kelas ke dua. Namun apa yang aku kesalkan pihak sekolah langsung tidak memberi keputusan peperiksaan akhir Danish. Irfan dan Alya masuk prasekolah. Tidakku sangka Alya menunjukkan semangat untuk bersekolah. Hari pertama sahaja Alya berdrama kerana ramai rakan-rakannya yang lain menangis. Irfan seperti biasa hari pertama memang hebat. Relaxs and steady. Tapi bila hari ke dua dan ke tiga dia mula buat cuti sendiri. Adiknya pula yang rajin ke sekolah. Irfan...Irfan. Ya Allah...jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah serta tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya dunia dan akhirat. Itulah doa mama untuk anak-anak mama setiap hari. Amin...

Thursday, 29 September 2011

Didiklah Anak Solat

Just nak berkongsi info yang baik untuk diamalkan kepada anak-anak kita...


Note yang ditulis oleh Wardina :

BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Thursday, 8 September 2011

'Mayat hidup'

Hai isteri-isteri yang bekerjaya. Anda akan dikatakan seperti 'mayat hidup' jika anda tidak bersolek di rumah. Pelik bin ajaib...kalau asyik berkungfu dengan 'hanger', senduk dan sudip macam tak kena regu guna make-up di muka. Maklumlah peluh menitik, badan melekit dek bahang dapur habis cair make-up di muka. Lain keadaannya jika semua kerja dibuat oleh bibik. Isteri bolehlah pasang badan di rumah. Tak gitu... Amacam...cantik tak gambar kat atas?...mayat hidup....eeea...

Salam lebaran

Ramadhan telah berlalu pergi. Kesyukuran dipanjatkan tanda kemenangan, Syawal dirai penuh berseri. Segala macam makanan terhidang, kuih muih, pakaian raya serba baru. Kanak-kanak golongan paling gembira kerana dapat duit raya. Kita yang telah dewasa ini menabur duit raya. Tidak mengapa...bersedekah itu mulia. Moga rezeki dan pahala dari Allah berlipat ganda. Tangan dihulur mohon kemaafan menyuci hati dan semua kesalahan. Itulah istimewanya bulan syawal. Tidak lengkap jika tidak saling bermaafan. Bagi suami isteri bukan hanya isteri sahaja yang perlu memohon kemaafan, suami juga perlu membuat perkara yang sama. Tidak jatuh taraf seorang suami memohon maaf kepada isteri kerana kita adalah manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Dalam melayari kehidupan bersama, lidahlah yang paling banyak mengumpul saham akhirat. Bak kata orang kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Kata-kata yang dituturkan itulah yang paling meninggalkan kesan paling berbekas. Moralnya fikirlah sebelum berkata-kata dan peliharailah lidah anda!.

Dalam kemeriahan menyambut hari raya terselit jua rasa duka. Perasaan sayu menjerut rasa. Tamatlah sudah Ramadhan yang kita rasakan seakan panjang masanya. Syawal menjelma sekejap cuma. Sedar-sedar telah 10 hari kita beraya. Seakan-akan baru semalam kemeriahan anak-anak bermain bunga api, kemeriahan menyediakan juadah raya di dapur, saudara mara berbual mesra. Itulah dunia. Setahun dirasakan sebulan, sebulan dirasakan sehari dan sehari dirasakan satu jam!. Benarlah kita di akhir zaman. Moga Allah mempertemukan kita bulan yang penuh barakah ini di tahun-tahun mendatang. Selamat hari raya, maaf zahir batin

Tuesday, 23 August 2011

'Kiamat dan dekat"

Seringkali kita umat Muhammad s.a.w lalai dan alpa dalam mengerjakan amal ibadah. Lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh barakah ini. Ramai di kalangan kita yang hanya mendapat rasa lapar dan dahaga sahaja kerana tidak menjaga kualiti yang sepatutnya dalam menjalankan ibadah puasa. Mana tidaknya, ada yang gagal mengawal nafsu amarah, panas baran tak tentu masa. Gagal mengawal deria mata dan pandangan. Gagal menjaga solatnya. Zuhur, Asar, Maghrib solat...tapi Isyak, Subuh?. Alasannya penat setelah seharian bekerja atau mungkin kekenyangan berbuka hingga tidak dapat melakukan ibadah lainnya. Sedangkan semasa zaman nabi dahulu, baginda dan pengikut setianya berperang ke jalan Allah dalam bulan puasa! Malah ada di kalangan mereka yang mati syahid.

Anakku Danish telah mula bercerita kepada kami tentang aktiviti sekolahnya. Sejak kebelakangan ini dia selalu berkata kiamat dah dekat. Ustazah yang cakap katanya. Maka kami pun menyuruh danish mengerjakan solat. Danish sudah berumur 7 tahun, tetapi solatnya celam celum. Adiknya Irfan yang berumur 5 tahun juga turut mengerjakan solat tetapi yang tahu dibacanya hanya Fatihah sahaja namun pergerakan solat yang lainnya betul. Adiknya Alya yang berumur 3 tahun lebih, menangis kerana dia tidak tahu membaca bacaan dalam solat seperti abangnya Danish. Selesai solat ayah mereka menerangkan tentang dua malaikat yang mencatatkan amalan di bahu kanan dan kiri kita. Lantas Danish menjawab malaikat Rokib dan A'tid ayah. Wah...kami tersenyum mendengar jawapan Danish.

Kemudian ayah mereka menerangkan setiap amalan baik dan buruk akan dicatatkan malaikat ini. Jika banyak amalan jahat yang dilakukan maka beratlah timbangan amalan jahat dan akan dimasukkan ke dalam neraka. Spontan Alya menangis sambil berkata..."Alya takut ayah"..."Kenapa? Alya takut hantu ke?" tanya ayah mereka. "Tak...Alya takut Allah". Terkesima kami mendengar jawapan dari Alya. Betapa anak kecil itu takutkan Allah apatahlagi kita. Maka benarlah dari apa yang aku baca di ruangan agama dalam akhbar semalam....kiamat begitu ditakuti oleh semua orang hinggakan rambut kanak-kanak menjadi beruban......Benarlah juga bahawa ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak yang lahirnya putih bersih samada menuju kebenaran atau kebatilan. Justeru, ketam mengajar anaknya berjalan senget perlu DIELAKKAN demi mencapai kebahagiaan bersama di dunia dan akhirat.

For the First Time in Ramadhan

Setiap daripada surirumah di Malaysia pastinya menyediakan juadah untuk bersahur samada menyediakannya pada waktu sebelum berbuka, malam atau di pagi hari. Untuk itu waktu tidur (lebih kurang cukup) perlu agar berasa segar untuk bangun memasak di awal pagi nanti dan tidak memejam mata sambil memasak. Pewitt...hebat betul orang perempuan ni...macam cerita 'Supermak' lak. 

Seperti biasa aku akan masuk tidur seawal jam 10 malam atau paling lewat jam 11.00. Selalunya anak-anak masih mahu menonton tv saluran ceria atau disney. Tak larat melayan mereka aku mesti membuatkan sebotol susu untuk Alya sebelum naik ke bilik tidur. Ayah mereka tak lain lagi tidur di depan tv. Anak-anak akan mengejutkan ayah mereka ke bilik tidur setelah puas menonton tv atau jika mereka mula mengantuk

Satu malam aku naik ke bilik tidur lebih kurang jam sepuluh. Alya aku tinggalkan di tingkat bawah kerana masih mahu menonton tv. Tidak lama kemudia mereka masuk ke bilik tidur dan aku sengaja memejamkan mata. Alya menggoncang badanku sambil berkata.."mama....mama....tak perasanke Alya nak tidur ni"...Hampir ketawa tetapi kutahan. Ayahnya pula berkata..."Ish...jangan kacau mama tidur. Nanti kang tak makan sahur ayah". Hihihi..nak tergelak besar pun ada. Tapi dalam hati berkata....bahagianya aku nak tidur malam ni....